Tunggu Aku di Sydney | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Tunggu Aku Di Sydney

Tunggu Aku Di Sydney

/ / /
Comments are Off

Anggun seorang gadis cantik, ceria, gila-gila dan berada, jatuh cinta pandang pertama dengan Indra iaitu seorang pemuda yang sedang menuntut di University Of Sydney dalam jurusan senibina. Indra mempunyai perwatakan yang sangat kontra dengan Anggun, Indra lebih suka bersendiri, tidak banyak cakap dan suka melukis. Anggun melakukan pelbagai cara supaya Indra jatuh cinta padanya, namun semuanya seperti tidak berhasil. Tanpa pengetahuan Anggun, Indra sebenarnya dalam diam menaruh perasaan pada Anggun. Tetapi Indra terpaksa menguburkan cintanya setelah dia mendapat tahu tentang diri Anggun, Indra dan Anggun umpama langit dan bumi. Perasaan rendah diri telah membuatkan Indra tidak meluahkan perasaannya. Sehinggalah tiba-tiba Indra terpaksa pulang ke Malaysia kerana bapanya sakit tenat. Indra pergi begitu sahaja meninggalkan Anggun dalam kesedihan. Anggun tak pernah putus-asa, dia tetap percaya satu hari nanti Indra akan kembali kepadanya. Akhirnya Indra kembali ke Sydney dan meluahkan cintanya pada Anggun. Indra berjanji akan menjadikan Anggun isterinya apabila dia telah tamat belajar dan bekerja. Cinta mereka akhirnya bersatu.