Connect with us

Hiburan

Tukar Gambar Profile di Semua Platform, Coldplay Beri Bayangan Album Baru?

Seronoknya tak sabar!!!!

Published

on

Wow wow nampaknya macam ada kumpulan kegemaran ramai nak keluar album baru ni…

Untuk rekod, sudah hampir empat tahun sejak Coldplay mengeluarkan album terakhir mereka berjudul A Head Full of Dreams.

Paling menarik bila ada poster-poster baru kelihatan tertampal di beberapa lokasi termasuk di Berlin, Hong Kong, Madrid, Munich dan Sydney. Jom tonton gambar tersebut di bawah:

Menjengah ke media sosial rasmi mereka termasuk Twitter, Instagram mahupun laman web rasmi pula, gambar profil turut ditukar dengan gambar yang sama.

Chris Martin dikatakan bakal membuat kemunculan semula sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya dengan lagu yang lebih santai.

Sementara itu, memetik sumber sebuah portal hiburan online, album akan datang ini adalah karya yang berbentuk eksperimen pada sisi kumpulan berkenaan, jadi tidak mungkin mereka akan mengadakan jelajah sebelum album baru yang bakal dilancarkan pada tahun 2020 itu dipasarkan.

Namun, menurut laman Instagram milik peminat Chris Martin, mereka tampil memuat naik sekeping gambar yang diletakkan di stesyen subway di São Paulo, Brazil sekaligus menguatkan lagi desas-desus mengenai keluaran album terbaharu kumpulan itu.

Bagaimanapun menerusi laman Youtube rasmi mereka pula, kebanyakkan video dilihat sudah dipadam selain thumbnail (lakaran kecil) mereka turut sudah ditukarkan kepada warna hitam dan putih.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement