Connect with us
Kool FM

Berita

Tuan Rumah Tak Ikat Binatang Peliharaan, Posmen Lastik Mata Anjing

Dalam pada masa yang sama, ada juga berpendapat pekerja pengahantar surat tersebut tidak salah kerana sudah mengambil tindakan dengan mengagah binatang tersebut tapi tuan rumah masih tidak keluar.

Published

on

Sebelum ini viral kes seekor kucing dalam keadaan bunting dipotong empat kakinya dan dibuang di hadapan rumah tuannya tanpa diketahui asbabnya.

Kini timbul isu lain pula apabila seorang pekerja penghantar surat, dikatakan bertindak melastik mata seekor anjing dari luar pagar menggunakan getah pembungkus plastik.

Tindakannya itu berjaya dirakam melalui satu rakaman CCTV selama 21 saat yang dimuat ke Facebook dan difahamkan, situasi itu disebabkan tuan rumah tidak mengikat anjing peliharaannya.

May be an image of dog and text that says "miar"

Bagaimanapun, menurut  jurucakap Pos Malaysia dari satu sumber, pihak mereka akan menyiasat kejadian itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap posmen itu jika didapati bersalah.

Sementara itu, satu kumpulan hak asasi haiwan menyifatkan kejadian itu sangat mengejutkan serta membimbangkan dan menggesa Pos Malaysia memohon maaf kepada keluarga terbabit dan menghukum pelakunya.

Dalam pada masa yang sama, ada juga berpendapat pekerja pengahantar surat tersebut tidak salah kerana sudah mengambil tindakan dengan mengagah binatang tersebut tapi tuan rumah masih tidak keluar.

No photo description available.

Harap mata anjing tersebut dapat dipulihkan dan syraikat Pos Malaysia hanya beri amaran kepada lelaki tersebut.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Farid Kamil Terima Keputusan Pihak Istana, Boy Iman Bakal Hantar Surat Kepada SUK Pahang?

“Kurangkan Jurang Darjat!” – Doktor Ini Hantar ‘Surat Layang’ Pada Menteri Kesihatan

Sumber: facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement