Semasa & Hiburan
Tuai Bahan Dari Ladang Sendiri, Jennifer Garner Buat Tutorial Masak!
Berbudi pada tanah..
Pelakon yang popular menerusi filem 13 Going On 30, Jennifer Garner kini dilihat sangat aktif di laman media sosial terutamanya Instagram.
Telatahnya yang suka berpura-pura melakukan program masakan telah menarik perhatian ramai selain meraih respon yang positif daripada pengikutnya.
Terbaharu, Jennifer Garner yang turut mesra dipanggil Jen menerusi sebuah video yang dimuat naik telah menunjukkan cara-cara memasak dan yang lebih menarik, bahan-bahan yang digunakan adalah hasil tuaiannya sendiri.
Pelakon yang berusia 47 tahun itu sangat bangga menggunakan bahan berkenaan semasa dia merakam video itu.
Selain bahan mentah, Jen yang juga bekas isteri kepada pelakon Ben Affleck turut menunjukkan bahan yang telah diproses oleh ibunya sendiri.
@ym_gema: I would like that one day Once Upon a Farm products arrive in Spain
@lisak476: Congratulations!!! Have loved watching this journey. Keep on keepin on, you’re doing good
@alischramn_atouchofblush: Scrolling through my feed and I legitimately just smiled when I came across your video. Thank you for being such a ray of positivity and light on a sometimes otherwise platform!!
Kalau dekat luar negara ada selebriti Jennifer Garner yang suka berkebun, dekat Malaysia kita ada Emelda Rosmila yang juga suka bercucuk tanam..