Connect with us

Berita

Trend Kes Covid-19 Mendatar, KKM Gesa Rakyat Terus Patuh PKP

Kita pasti menang!

Published

on

Pada 22 April 2020, Malaysia sekali lagi menunjukkan perkembangan positif apabila hanya mencatatkan 50 kes baru Covid-19.

Bagi kes sembuh harian pula sebanyak 103 kes direkodkan sementara terdapat 1 kematian.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian di Putrajaya, pada 22 April.

Menerusi laman Twitter Majlis Keselamatan Negara, dapat dilihat trend Covid-19 di Malaysia menunjukkan kumulatif kes mendatar dan kes discaj yang melebihi kes baru.

Kementerian Kesihatan Malaysia berharap momentum ini diteruskan oleh rakyat dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar wabak tersebut dapat segera dihapuskan.

Oleh itu, rakyat digesa untuk duduk di rumah dan sentiasa menjaga keselamatan serta kebersihan diri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement