Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Topeng ‘The Mask’ Ada Kaitan Dengan Loki?

Published

on


Bagi siapa yang lahir era 90-an mesti pernah dan masih ingat lagi filem The Mask yang dikeluarkan pada tahun 1994 ni. Pada waktu tu kita hanya menonton filem tersebut sebagai hiburan ringan je dengan aksi-aksi lawak daripada pelakon Jim Carey dan juga kesan visual yang menarik. Tapi rasanya ramai yang tak tahu kisah disebalik topeng muka yang menukar si pemakai menjadi makhluk berwajah hijau. Kalau nak tahu topeng ‘The Mask’ sebenarnya ada kaitan dengan Loki tau. Yes Loki yang korang nampak dalam cerita Avengers tu. Dengar macam pelik kan sebab filem The Mask tu tak ada kaitan langsung dengan dunia Marvel.

Dalam filem The Mask topeng tersebut disebut juga sebagai ‘The Mask of Loki’ di mana dengan jelas ia menyatakan topeng tersebut adalah milik Loki, The God of Mischief. Tapi mengikut mitos, topeng tersebut merupakan satu objek yang dikekelingi dengan kegelapan dan misteri. Tidak ada siapa yang tahu dari mana datangnya topeng tersebut dan bagaimana ia wujud dari awal lagi.

Sesiapa sahaja yang memakai topeng tersebut akan menjadi tidak terkawal dan mendapat satu tenaga atau kuasa ajaib dari topeng tu. Topeng tersebut juga akan bertindak balas mengikut karakter si pemakai samada bertukar menjadi watak jahat ataupun baik.

ASAL USUL TOPENG LOKI

Sebelum cerita pasal asal usul topeng tu satu benda kena faham Loki yang dimaksudkan bukan lah Loki dari filem Marvel, tetapi daripada adaptasi Norse God Mythology. Sebenarnya filem Marvel pun diorang ambil watak Loki dan Thor tu daripada kisah Norse God Mythology ni lah. Jadi sedikit sebanyak timbul persamaan watak-watak ini di dalam filem yang berlainan. Tapi Norse God Mythology ni memang menjadi satu kisah atau mitos lagenda yang di pegang kuat oleh bangsa Eropah.

Di dalam filem The Mask, topeng Loki itu dikatakan dicipta antara akhir abad ke-4 masihi dan awal abad ke-5 masihi oleh Loki sendiri yang berasal dari Asgard. Beberapa teks kuno mengambarkan topeng tersebut hanya boleh digunakan pada waktu malam sahaja sebab Loki merupakan ‘night god’ dan makhluk yang berkuasa pada waktu malam. Seperti dalam filem The Mask, si pemakai topeng tu hanya bertukar menjadi makhluk hijau bila mengenakan topeng tu waktu malam je, dan kembali ke dirinya yang asal selepas matahari terbit.

Disebabkan The Mask ini pernah muncul dalam versi komik juga, maka terdapat juga sejarah The Mask dalam versi yang lain. Dikatakan topeng Loki ini diciptakan pada masa lampau tapi tidak diketahui masanya dan juga diciptakan dalam suku kaum Afrika yang tidak diketahui juga. Dikatakan juga topeng Loki diciptakan oleh dukun suku kaum tersebut menggunakan teknik rahsia kuno Afrika dan sejenis sihir mistik. Pada asalnya topeng tersebut diperbuat daripada batu jed. Kalau macam tu versi komik ni tak ada kaitan lah dengan Loki.

Terdapat juga teori lain yang mengatakan Loki telah menanamkan kuasanya ke dalam topeng tersebut, kemudian dia melemparkan topeng tersebut ke Bumi untuk menyebabkan kekacauan, huru hara dan keganasan antara manusia. Mungkin sebab banyak teori tentang asal usul topeng ini yang dikaitkan dengan Loki menyebabkan ia lebih senang dikaitkan dengan God of Mischief tu.

‘THE MASK’ DALAM KOMIK DC

Sebenarnya watak The Mask dalam komik ni jauh lebih ganas dan kuat berbanding yang ditunjukkan di dalam filem The Mask (1994). Topeng Loki ini pernah digunakan oleh watak Joker dalam komik DC yang bertajuk Joker Mask (2000). Di dalam komik tersebut, Joker dengan tidak sengaja telah menggunakan Topeng Loki lepas dia menjumpainya di Muzim Gotham.

Topeng tersebut telah memberi kuasa yang luar biasa pada Joker sehingga Batman sendiri menghadapi kesukaran untuk lawan Joker. Walaupun dalam Marvel ada watak Loki, tapi topeng Loki ni kerap digunakan oleh DC.

KATALAKI: Yang pasti topeng ni tak sesuai pakai untuk kawal penularan wabak COVID-19…

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement