Semasa & Hiburan
Tony Eusoff ‘Belanja’ Lagu P.Ramlee
Wah Hassan kembali!
Memegang watak sebagai Hassan menerusi filem Daulat, pelakon Tony Eusoff kembali mendapat tempat dihati peminat setelah sekian lama menyepi daripada industri hiburan.
Bukan sahaja aktif di layar perak, malah Tony turut bergerak aktif menerusi laman sosial Twitter miliknya bagi berkongsi aktiviti hariannya bersama-sama peminat.
Terbaharu, ciapan yang dimuat naik bersama dengan video nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul Jeritan Batinku telah mendapat perhatian ramai apabila ia tular di laman berkenaan.
Ok I belanja lagu P. Ramlee satu… ✌🏽😎 pic.twitter.com/0wbDzZcVpq
— tony eusoff (@tonyeusoff) April 13, 2020
Berikut adalah respon orang awam terhadap nyanyian Tony:-
Tony atau Anthony Joseph anak Hermas Rajiman yang berasal dari Kuching, Sarawak baru sahaja menyambut kelahirannya yang ke 43 tahun pada 3 April lalu.
Happy Belated Birthday Tony!