Tonton | Kool FM
Home > Info Kool > Tonton

Tonton

/
25 May 2016
/ /
Comments are Off

MEMPERKENALKAN JENAMA TONTON YANG BARU 

Salah satu berita terbesar yang akan diumumkan di Screenings RTMP hari ini adalah pengenalan kepada tonton baru yang telah dipertingkatkan kemampuannya. Tonton, video portal langsung yang pertama di Malaysia dengan lebih 5.6 juta pengguna berdaftar, sedang berkembang dengan pesat dengan lebih 22,000 ahli baru setiap minggu dan sejumlah 222,000 pelawat unik setiap minggu.

Menawarkan 80% daripada kandungan tempatan, tonton adalah sebuah portal eksklusif yang mempunyai kelebihan yang jelas ke atas semua pesaing over-the-top (OTT) lain di pasaran kini. RTMP bersedia untuk membawa tonton ke tahap yang baru dengan memasukkan dunia langganan video atas Permintaan (Svod).

Bermula dengan hanya RM3 sebulan, kesemua 5.6 juta pengguna tonton yang berdaftar serta pengguna-pengguna baru bakal menikmati kandungan percuma apabila mereka menaik-taraf langganan kepada tonton VIP dan menikmati pelbagai manfaat, semuanya dibentuk bagi memperkayakan lagi pengalaman tontonan pengguna, bila-bila masa, di mana sahaja.

Dengan manfaat tambahan, tonton VIP akan menikmati:

  • Akses kepada lebih 20,000 jam kandungan menampilkan kandungan-kandungan eksklusif tonton dan program-program klasik paling popular seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Kopitiam
  • Menonton tanpa henti kesemua program, yang akan mengambil masa lebih 800 hari, walaupun jika ia ditonton selama 24 jam sehari!
  • Akses secara langsung eksklusif dalam HD
  • Menonton tanpa henti kesemua drama kesayangan anda – sebelum ianya disiarkan di kaca televisyen!

Dah jadi VIP belum? Korang boleh jadi VIP dengan melanggan pelan langganan #tontonMacamVIP serendah RM3 je. Ada juga pelan lain yang best:

Kalau nak tahu Tonton ada:

–              Pakej akses selama 24 jam! : RM3

–              Pakej akses mingguan 7 hari: RM5

–              Pakej akses jimat 30 hari: RM10

–              Pakej akses jimat giler setahun: RM96

Dengan pakej menarik ni, anda dapat tonton rancangan kegemaran korang tanpa sebarang gangguan iklan. Jom Jadi VIP!