Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Tonton ‘The Phantom Of The Opera’ Secara Percuma!

Tak sabar!

Published

on

Berita baik buat peminat The Phantom Of The Opera apabila pengarahnya, Andrew Lloyd Webber mengumumkan orang awam boleh menonton teater itu menerusi laman Youtube secara percuma!

Ia akan disiarkan pada 17 April 2020 jam 7 malam, dan ia bermaksud di Malaysia pula ia boleh ditonton pada 18 April 2020 pada jam 2 pagi waktu tempatan.

Inilah masanya untuk anda duduk di rumah dan menggunakan waktu hujung minggu anda dengan menonton The Phantom of Opera yang merupakan adaptasi novel Le Fantôme de l’Opéra karya Gaston Leroux.

Ia mengisahkan kejadian misteri pelik dan menakutkan yang berlaku dalam Balai Opera Paris di mana seorang jejaka yang cacat dan hanya dikenali sebagai ‘Phantom’ (lembaga) yang menghantui Rumah Opera Paris.

Terpukau dengan bakat dan kecantikan bintang soprano muda, Chirstine Daaé (Megan Picerno) – Phantom (Jonathan Roxmouth) mengorak langkah untuk memikat, tanpa menyedari cinta Christine terhadap Raoul (Matt Leisy).

Obsesi Phantom itu menyebabkan pelbagai peristiwa dan adegan dramatik terjadi, di mana ego, cemburu dan nafsu oleh lembaga tersebut sehingga menyebabkan teater tersebut menjadi menarik walaupun ia adalah persembahan paling lama dalam sejarah Broadway yang bermula sejak 9 Januari 2009.

Terdahulu, The Phantom of The Opera juga pernah dipentaskan di Istana Budaya, Malaysia pada June 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement