Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Tomok Timang Anak Ketiga, Baby Girl!

Tahniah!

Published

on

Isteri kepada penyanyi Tomok, Rahayu Abas selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiga mereka pada 5 Jun 2020.

Bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur jam 1 tengah hari, Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto anaknya itu untuk tatapan umum.

Tomok yang meluahkan rasa syukur turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya.

Untuk rekod, Tomok dan Rahayu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan mereka telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement