Connect with us

Hiburan

“Tolong Berlakon Bersama”, Peminat Mahu Azhan Rani Beraksi Dengan Legend

Fuh, semua ni hero pujaan malaya!

Published

on

Pelakon terkenal, Azhan Rani ada memuat naik foto terbaru di laman Instagram miliknya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah pelakon drama Nur itu bergambar bersama 2 hero Malaysia iaitu Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

View this post on Instagram

peace yaw✌️ kalau untuk anugerah skrin, kira ini macam reunion kitaorang la.. tahun 2013 kami pernah sama2 tercalon untuk kategori pelakon terbaik .. masa tu datuk @iamrosyam untuk drama #mawarputihtandaperpisahan , abang @faizalhusseinofficial untuk drama #fatihahuntukabah dan aku sendiri drama #nerakaabah #arahan @heykalhanifah tapi masa tu kami sama2 jadi tukang tepuk je .. tahun ni kita bergabung lagi in shaallah di #ask2019 .. tak jadi isu pun jadi tukang tepuk atau sekadar pemenuh kerusi dalam majlis gemilang ni saban tahun.. rahmat dan nikmat yang tak dapat didustakan bila masih dizinkan untuk terus bersama2 memikul amanah dan mendapat kepercayaan berada dalam karya2 antara yang baik saban tahun.. dapat tersepit di celah2 barisan lagenda ini pun adalah anugerah terindah yang sangat manis sebagai simpulan kenangan perjalanan seni aku yang tak berapa nak seni ni.. tahniah buat 2 lagenda ini.. anda adalah sebenar2nya pemenang.. tak perlu puluhan drama pun setahun tapi sesekali bagi terus menggigit ke malam #anugerahskrin .. hero datang dan pergi namun mereka tetap di sini.. inspirasi buatku , datuk @iamrosyam dan abang @faizalhusseinofficial 📸 @beto_kusyairy #majlispelancaran #anugerahskrin2019 @mediaprimabhd

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Mereka lah hero Malaya paling diminati ramai suatu masa dahulu.

Malah, sehingga ke hari ini nama mereka masih lagi kekal relaven kerana bakat lakonan yang tidak pernah mengecewakan dan pernah mencetus fenomena.

Selain mereka berdua, foto Azhan bersama Beto Kusyairy turut mendapat perhatian ramai.

View this post on Instagram

aku tak sure dalam gambar ni aku dan sahabat aku @beto_kusyairy ni yang try sebayakan umur kitaorang dengan 2 living legend kiri kanan aku ni atau diaorang berdua yang try mudakan diri diorang nampak macam muda lagi pulak dari kitaorang…: alhamdulillah ini gambar yang lagi seronok dari pegang award #ask2019 .. kalau la ini adalah gambar pc filem atau drama kami bersama tu lagi la kira bonus untuk aku senyum sampai hujung nyawa..: kalau la 🤔🤔😍 setinggi hormat dan kagum buat 2 lagenda hero sepanjang zaman ni datuk @iamrosyam dan abang @faizalhusseinofficial .. anda berdua adalah inspirasi🙏 tq @syazwanzulkifly tolong snapkan gambar ni.. walaupun muka antagonis mulia sungguh hatimu🙏 #majlispelancaran #ask2019 @mediaprimabhd

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Nampak macam sebaya je kan? Rata-rata peminat mahu melihat Azhan beraksi bersama pelakon-pelakon digelar ‘lgend’ ini.

Siapa tahu mereka benar-benar digabungkan dalam satu filem atau drama suatu hari nanti kan? Seronoknya!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement