Connect with us
Kool FM

Berita

Tokan Dadah Insaf, Kini Imam Surau Sepenuh Masa

Jahat tak semestinya jahat selamanya…

Published

on

Tidak semua yang pernah bergelumang dengan kejahatan akan kekal menjadi jahat. Seorang bekas tokan dadah nekad melupakan kisah silam dan mahu menjadi imam sepanjang hayat selepas selesai menjalani hukuman penjara dan sebatan.

Menurut laporan, Noor Effendi Abdul Rahim, 33 tahun, pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan menjalani program pemulihan dalam komuniti atau sistem parol selama setahun, sebelum dibebaskan pada April lalu. Kini dia mendapat kepercayaan penduduk setempat berhampiran kediamannya untuk menjadi imam serta dilantik sebagai ahli jawatan kuasa surau.

Kejadian yang membawa penahanannya mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berlaku pada tahun 2016 ketika pihak polis melakukan serbuan di rumahnya. Menurut Effendi, masanya di dalam penjara banyak dihabiskan dengan membaca tafsir Al-Quran yang mana secara tidak langsung telah membuka pintu hatinya untuk insaf. Selain itu, dia juga tekun mendengar ceramah-ceramah agama.Β 

Menurutnya, berkat doa berterusan akhirnya dia dipilih untuk menyertai sistem parol dan dibebaskan awal, walaupun hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah adalah selama enam tahun serta 10 sebatan. Hukuman 10 sebatan juga telah dilangsaikannya sepanjang tiga tahun menjalani hukuman di Penjara Seberang Prai, Pulau Pinang.

Penduduk kampung menerima semula kehadirannya walaupun pernah bergelar banduan, sehingga dia diberi kepercayaan dan dilantik menjadi imam surau. Tambahan lagi, Effendi turut berharap untuk terus istiqomah mempelajari ilmu agama dan menjadi imam seumur hidup, selain mencari rezeki halal menjual roti canai dengan menyewa kedai di Pasar Awam Kuah. Usaha dan niat murni Effendi patut dicontohi dan dijadikan teladan bagi setiap lapisan masyarakat. Tidak semestinya jahat, akan selamanya jahat.Β 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement