Home > #CeriteraKool > Tips berharga Datuk Dr Sheikh Muzafar Shukor dalam mendidik anak

Tips berharga Datuk Dr Sheikh Muzafar Shukor dalam mendidik anak

Pendedahan awal terhadap penggunaan teknologi seperti telefon pintar tidak sepatutnya dijadikan sebagai cara mudah kepada ibu bapa berkerjaya dalam mengawal tingkah laku aktif anak-anak.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzafar Shukor, berkata seelok-eloknya ibu bapa meneroka pendekatan yang mendedahkan kepada anak kecil seawal usia bayi dengan kaedah yang dapat merangsang otak.

Katanya, penggunaan kad flash, umpamanya dapat menjadikan anak kecil lebih mudah fokus dan berwaspada apabila gambar ditunjukkan satu persatu kepadanya.

 

“Malah menerusi simbol, gambar dan sebagainya yang ditunjukkan itu, ibu bapa boleh melihat apakah kecenderungan atau kesukaan anak melalui senyuman diberikan.

“Lakukan dalam keadaan yang senyap, suara jelas dan cahaya terang. Tunjukkan kad flash itu dengan pantas memandangkan perhatian mereka sangat singkat. Lakukan lima kali sehari, sekurang-kurangnya selama seminggu dan anda boleh lihat perkembangannya.

 

Pic – Flashcards with the twins . Adam on my right and Noah on my left . I enjoy my bonding time with the newborns by showing flashcards to them . It can be pictures of animals , shapes or even numbers which is good for brain stimulation . I noticed the boys become alert and focus when pics are shown to them . They even coos and smiles sometimes when their favourite pic turns up . Adam loves fish while Noah loves bird . A father can never compete with the bonding time between a mother and a child during breastfeeding . Hence playtime is the best bonding time for us like flashcards , shower time , nappy change and even sleeping time by placing your child “s chubby cheeks on your chest for maximum skin contact . Have A Great Week Everyone ….

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

 

“Anda juga boleh hasilkan kad flash sendiri, bermula dengan warna hitam dan putih, kemudian warna-warni. Akhir sekali, apabila selesai berikan pelukan,” katanya.

Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, melahirkan cahaya matanya pada 27 Julai lalu, iaitu Sheikh Noah dan Sheikh Adam, 2 bulan, menarik perhatian pengikut laman sosialnya apabila berkongsi bagaimana beliau mendedahkan kepada bayinya penggunaan kad flash.

Malah, tindakan beliau melatih bayinya merangkak seawal usia dua minggu untuk memberi kekuatan kepada belakang dan leher, turut mendapat reaksi dan pertanyaan positif daripada netizen.

Katanya, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama, biarpun ringkas tetapi bermakna seperti mandi bersama-sama, ketika tukar lampin, termasuklah ketika waktu tidur dengan meletakkan pipi anak di dada untuk menguatkan lagi hubungan menerusi sentuhan kulit.

“Bukan saja membantu dalam perkembangan otak, tetapi turut dapat menguatkan lagi hubungan bersama anak-anak,” katanya.

Dr Sheikh Muzafar berkata, bermain juga dianggap sebagai satu situasi yang serius oleh kanak-kanak.

Ini kerana menerusi bermain mereka belajar bagaimana untuk membangunkan kemahiran deria penting seperti kemahiran fizikal, motor halus, sosial, perhubungan dan emosi.

Katanya, justeru ibu bapa seharusnya memilih permainan yang direka khusus untuk pembelajaran dan pembangunan yang dapat mencetus rasa ingin tahu kanak-kanak melalui permainan menarik dan aktif.

 

 

 

 

Sumber: Instagram DrSheikhMuaszaphar, BhOnline 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply