Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Tip Penting Jika Disengat Tebuan

“Sarang tebuan jangan dijolok, kelak menyesal buruk padahnya”.

Published

on

Tebuan, biarpun kecil saiznya tetapi sengatannya sangat berbisa sehingga boleh membawa maut.

Pada 29 Mei lalu, Nur Nazihah, 8, bersama adiknya, Muhammad Azib, 6, disengat tebuan ketika bermain bersama seorang lagi kakak mereka berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran kediaman mereka di Felda Kerteh 4, jam 3 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia, jam 1.35 pagi kelmarin ketika diberi rawatan di Hospital Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, adiknya masih menerima rawatan di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dr Mohammed Sani bin Mohammed Rusli, dari Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Kementerian Kesihatan Malaysia ketika dihubungi penyampai Kool FM berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan jika terkena sengatan tebuan adalah kurangkan pergerakkan.

“Bila kita bergerak, lagi senang bisa itu untuk menyerap ke dalam badan. Kita kena bertenang walaupun ia keadaan yang mencemaskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan teknik mengikat kain pada kawasan lengan adalah cara yang betul jika disengat tebuan di bahagian lengan.

“Boleh juga letak ais. Ada rujukan menunjukkan kalau kita kena sengat lebah, kita boleh letak ais untuk mengurangkan bengkak,” ujarnya lagi.

Selain itu, Dr Mohammed Sani juga ada berkongsikan kesan-kesan sengatan tebuan.

Katanya, tebuan ialah serangga yang amat agresif dan garang berbanding lebah.

Seandainya seseorang itu terkena sengatan setempat, kesannya ialah kulit menjadi bengkak, kemerah-merahan dan teramat sakit.

Jika di dalam mulut, ia amat berbahaya kerana boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat manakala kesan sengatan di mata pula boleh menyebabkan buta.

Sekiranya terkena di seluruh badan, seseorang individu itu akan mengalami alahan yang sangat teruk dan gejala seperti muntah, loya, pening-pening lalat, pengsan atau lebih parah ia boleh menyebabkan kecederaan pada buah pinggang dan sel darah pecah.

Dengarkan perbualan penuh bersama Dr. Mohammed Sani di bawah.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement