Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tip Meningkatkan Kelajuan Internet Mudah Alih

Selamat mencuba!

Published

on

Anda pasti pernah mengalami situasi di mana ketika melayari Internet, talian anda mengambil masa yang lama untuk membuka laman yang di tuju.

Jangan risau, kerana Consumer Info telah menulis beberapa tip yang mungkin mampu membantu anda untuk meningkatkan kelajuan Internet pada telefon pintar anda.

Tips 1– Bersihkan (Clear) ‘cache’ pada aplikasi 

Bersihkan (clear‘cache’ pada aplikasi yang ada pada telefon mudah alih anda terutama sekali aplikasi yang menggunakan internet.

‘Cache’ yang terkumpul akan memberi kesan kepada prestasi kelajuan internet.

*Pada Android : Settings > Apps > pilih aplikasi yang kerap digunakan > Paparan App info > Storage > Cache > Clear Cache

*Pada iPhone : Tidak semua aplikasi menyediakan kemudahan ‘clear cache’ di iPhone ‘settings’. Bagi aplikasi yang tidak menyediakan ‘clear cache’, boleh cuba dengan ‘delete’ & ‘install’ semula aplikasi tersebut.

Tips 2- Beri masa rehat untuk telefon mudah alih anda dengan turn off dan restart.

Ini adalah salah satu cara yang bagus untuk hapuskan memori dan memberi nafas baru untuk aplikasi yang penting berjalan dengan lancar.

Tips 3- Buang widget dan aplikasi yang tidak digunakan

Widget adalah paparan seperti jam, kalender, Google search, ramalan cuaca dan sebagainya yang muncul pada home screen / paparan utama handphone anda.

Tahukah anda widget tersebut mempengaruhi kelajuan internet pada telefon mudah alih anda?

Terutama sekali widget yang memerlukan sambungan internet. Contohnya widget ramalan cuaca, widget google news. Oleh itu, bersihkan widget tersebut. Simpan widget yang perlu sahaja.

Tips 4 – Tutup operasi Background bagi aplikasi yang tidak digunakan

Apabila anda membuka sesuatu aplikasi contohnya Youtube kemudian membuka lagi aplikasi lain seperti Facebook, aplikasi terdahulu yang anda buka akan terus beroperasi di background.

Ini akan memakan RAM anda dan mengurangkan kelajuan internet telefon mudah alih anda.

Sentiasa amalkan tutup mana-mana aplikasi selepas tidak menggunakannya lagi. Speed kelajuan pada telefon mudah alih dapat ditingkatkan, data pun dapat dijimatkan 🙂

Image/Tips 5- Guna aplikasi pelaju internet

Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa aplikasi dicipta khas untuk meningkatkan kelajuan internet pada telefon mudah alih anda?

Anda boleh mencuba aplikasi ini : Internet Speed Master , Internet Booster & Optimizer

 

Sumber dari: Consumer Info

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement