Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tip Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta

Semoga tidak berulang..

Published

on

Kebelakangan ini banyak kes tertinggal anak di dalam kereta berlaku di Malaysia. Lebih menyayat hati apabila sehingga ia mampu meragutnyawa anak kecil tersebut.

Faham, rata-rata rakyat Malaysia mempunyai sifat pelupa atau dikenali sebagai Forgotten Baby Syndrome.

Forgotten Baby Syndrome merujuk kepada ibu bapa yang secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta yang terkunci.

Forgotten Baby Syndrome ini berlaku apabila ibu bapa lebih fokus perkara yang terjadi pada masa akan datang dan bukannya perkara ketika mereka memandu.

Ia boleh menjadi sangat berbahaya lebih-lebih lagi kepada bayi yang diam atau sedang nyenyak tidur.

Image from Every Mum

Oleh itu, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menerusi laman Twitter rasmi milik mereka ada berkongsi cara-cara bagi mengelakkan kes ‘terlupa’ anak dalam kereta:-

1) Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu

2) Jadikan amalan sentiasa memeriksa ruang dalam kereta sebelum mengunci

3) Letakkan patung mainan besar anak anda di kerusi hadapan sebagai tanda anak anda berada di kerusi belakang

4) Letak beg susu anak anda di kerusi hadapan

5) Letakkan barang penting anda bersama anak

6) Letakkan label pada pemegang pintu sebelah luar sebagai simbol anak anda dalam kereta

7) Pesan pada pasangan untuk mengingatkan anda sekiranya bertukar menghantar anak

8) Gunakan aplikasi Telefon untuk mengingatkan anda seperti (Childminder Softclip)

9) Aplikasi Waze: Chile Reminder > Advanced Settings > General > Child Reminder

 

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan dijauhkan dari tragedi sebegini.

 

Sumber daripada: Twitter KPWKM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement