Connect with us
Kool FM

Berita

Tip Dan Cara Untuk Simpan Bahan-Bahan Dapur Supaya Tahan Lama

Selamat mencuba!

Published

on

Cara simpan barang basah yang baik boleh memastikan ia tahan lama, kekal segar dan selamat untuk dimakan.

Barang dapur basah merupakan bahan utama yang penting di dapur untuk penyediaan makanan harian kita.

Namun, jika anda menyimpan bahan-bahan ini dengan kaedah yang betul, jangka hayat dan tahap kesegarannya boleh dipanjangkan.

Lebih-lebih sekarang ini kita semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat COVID-19, jadi bekalan makanan haruslah cukup supaya kita tidak perlu keluar dengan kerap. Jika anda ingin tahu cara yang betul bagi menyimpan barang dapur basah di dapur supaya tahan lebih lama.

Menerusi laman Twitter, seorang gadis bernama Nawal telah berkongsi cara-cara untuk simpan bahan-bahan dapur supaya ia terus kekal segar.

1. Serai

-Letak dalam bekas memanjang seperti di bawah, kemudian isi bekas tersebut dengan air sehingga separuh batang.

-Simpan dalam chiller.

-Tukar air baru seminggu sekali.

Image

Image

Image

Image

2. Lengkuas, Halia & Kunyit

Image

Tukar air setiap 3 hari sekali.

3. Cili

Image

-Buang tangkai cili & bersihkan
-Keringkan bawah kipas
-Kemudian cari bekas kedap udara seperti di atas & letakkan kitchen tissue lapik bahagian bawah.
-Letak cili dan tutup.
-Letak dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement