Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Tindakan Sepatutnya Bila Nampak Orang Sawan

Sawan bukan penyakit yang boleh dibuat main, jika kerap berlaku boleh mengancam nyawa. Sayangnya, kebanyakan masyarakat melayu sering dimomokkan dengan mitos dan mereka percaya membuta-tuli tanpa bertanya dengan lebih pakar.

Published

on

Siapa boleh jangka keadaan cemas begini berlaku depan mata. Waktu tu, kita sendiri buntu tak tahu apa nak buat tapi kalau tahu apa tindakan yang betul kemungkinan besar kita boleh jadi penyelamat mereka.

Bukan apa, sawan bukan penyakit yang boleh dibuat main, jika kerap berlaku boleh mengancam nyawa. Sayangnya, kebanyakan masyarakat melayu sering dimomokkan dengan mitos dan mereka percaya membuta-tuli tanpa bertanya dengan lebih pakar.

Jadi koolfm ingin kongsikan langkah sepatutnya dan tindakan betul bila ada orang sekeliling terkena sawan. Perkongsian ini bersumber dari Epilepsy Foundation.

Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan…

  1. Jangan panik atau sibuk mencari bantuan tapi, lihat keadaan mangsa sambil mengetahui berapa lama mangsa diserang sawan. Seminit? Dua minit atau lebih dari lima minit?
  2. Pastikan mangsa jauh dari barang yang berbahaya.
  3. Jangan sesekali masukkan sudu dalam mulut ketika atau selepas mangsa diserang sawan.
  4. Pusingkan badan mangsa mengiring jika mangsa tidak sedarkan diri selepas diserang sawan dan pastikan tidak menghalang pengudaraan masuk ke dalam badan mangsa.
  5. Kemudian, letakkan bantal kecil yang lembut atau apa-apa barang yang kecil di bawah kepala mangsa.
  6. Longgarkan tali leher atau longgarkan apa-apa yang mengetatkan bahagian leher mangsa.
  7. Elakkan menahan diri mangsa dari bergerak-gerak ketika diserang sawan.
  8. Pastikan anda sentiasa bersama mangsa sehingga mangsa selamat dirawat oleh pihak hospital.
  9. Beri kerjasama kepada pihak hospital yang merawat mangsa untuk beritahu detail keadaan mangsa ketika dan selepas diserang sawan.

Apa pun, jangan panik. Jagalah kesihatan dengan elok dengan menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, okay?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement