Connect with us
Kool FM

Berita

Tindakan Bila Ada Ahli Keluarga Perlu Kuarantin

Adakah perlu meletakkan mereka di luar kawasan rumah sepanjang tempoh dua minggu? 

Published

on

Pasti ada di antara pembaca kami mengalami situasi salah seorang ahli keluarga diperintahkan untuk menjalani sesi kuarantin kendiri, atau dalam pemahaman mudah, golongan gelang pink.

Persoalannya, bagaimana nak berhadapan dengan ahli keluarga yang perlu menjalani perintah kuarantin? Adakah perlu meletakkan mereka di luar kawasan rumah sepanjang tempoh dua minggu?

via GIPHY

Perkara ini dijelaskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Jom lihat tindakan apa yang perlu dilakukan jika terdapat ahli keluarga disahkan sebagai pesakit COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS) di rumah.

  1. Kerap bersihkan permukaan yang kerap disentuh di seluruh kawasan penjagaan pesakit.
  2. Tandas perlu sentiasa dibersihkan, berfungsi dengan baik dan selamat.
  3. Peralatan minima yang perlu ada adalah pelitup muka dan pencuci tangan.
  4. PPE mesti dipakai ketika proses pembersihan.
  5. Bilik mandi yang digunakan oleh pesakit COVID-19 dan ahli keluarga yang lain mesti dibersihkan dan dinyahkuman sekurang-kurangnya sekali sehari.
  6. Proses pembersihan boleh menggunakan serbuk pencuci, dibilas dan diikuti dengan disinfektan yang mengandungi 0.1% sodium hipoklorit.
  7. Peralatan makan dan pinggan mangkuk mesti dibersihkan dan dikeringkan pada setiap penggunaan dan tidak boleh dikongsi bersama orang lain.

Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Kool FM.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bau Najis & Hanyir Sepanjang Masa, Antara Gejala Dialami Pesakit COVID-19

Lazio Berdepan Penyingkiran Serta Merta Kerana Menipu Ujian Covid-19

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement