Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Tiket Konsert Exists Reunion Habis Terjual

Dalam 48 Jam, tiket konsert Exists Reunion ‘sold out’.

Published

on

Dalam tempoh kurang 48 jam, tiket Konsert Exists Reunion yang bakal berlangsung di Singapura pada 5 Oktober nanti habis terjual sejak dibuka Khamis lalu.

Vokalisnya, Ezad Lazim mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa tersebut.

“Sejak dulu lagi persembahan Exists mendapat sambutan hangat di sana.

“Namun, tak sangka pula kesemua tiket untuk 1,500 tempat duduk berjaya dijual dalam masa dua hari,” katanya.

Menerusi konsert itu nanti, Exists akan menyampaikan lebih 20 lagu popular mereka.

Bagi peminat yang kurang bernasib baik, mereka masih boleh menonton persembahan Exist dengan membeli tiket konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September depan.

“Tiket konsert di Malaysia masih ada lagi. Kalau peminat di Singapura tidak sempat beli tiket konsert Exists di sana, mereka boleh beli tiket konsert di Malaysia,” ujar Ezad lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement