Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tidur Terganggu & Sering Terjaga Malam Petanda Anda Sunyi

Alamak…

Published

on

‘Jika hendak berjaya, mesti kuat bekerja dan kurangkan tidur’

Opps! Tahukah anda, sebenarnya tanpa disedari, perbuatan ‘melanggar’ jam biologi tidur manusia boleh mengundang risiko penyakit selain terdedah dengan risiko untuk kemalangan.

Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, ramai tidak menyedari kepentingan tidur dan ia mendapat perhatian apabila seseorang yang terbabit dengan sindrom ini mula berdepan masalah kesihatan.

woman sleeping on blue throw pillow

“Tidur yang terganggu boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal, terkena serangan jantung, obesiti, kencing manis dan angin ahmar.”

Kata Dr Rizal, dalam konteks kesihatan mental, hampir semua penyakit kesihatan mental dikaitkan dengan masalah tidur terutama kemurungan dan gangguan kebimbangan.

“Individu yang terganggu tidurnya lima kali ganda lebih tinggi merasai kesepian dan tujuh kali ganda lebih tinggi memiliki perasaan tidak berdaya.

grayscale photography of woman facing window

Satu perkara yang menarik ialah proses penyelenggaraan otak berlaku semasa tidur. Ketika tidur, otak akan ‘dicuci’ secara fizikal.

“Ini adalah sistem kebijaksanaan yang ada dalam diri setiap manusia, bertujuan membersihkan plak dan protein daripada otak” Ulas Dr.Rizal

Oleh itu, tidur yang tidak cukup akan mengganggu proses pembelajaran, meningkatkan rasa marah dan masalah kepetahan bertutur.

Jangan ambil mudah, dapatkan tidur secukupnya sekurang-kurangnya 8 jam untuk produktiviti yang baik dan kesihatan mental yang lebih seimbang.

Sumber dari Harian Metro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement