Connect with us
Kool FM

Berita

Tidak Tahan Teman Wanita Sering Diganggu Rakan, Lelaki Ini Tetak Rakan Sendiri

Suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah

Published

on

Akibat berang dengan rakannya yang sering mengganggu teman wanitanya, seorang lelaki dari Telok Air Tawar di Butterworth, kelmarin menetak ibu jari tangan kiri rakan nya itu dengan pedang samurai sehingga putus.

Gambar sekadar hiasan

Kejadian berlaku apabila lelaki itu memanggil rakan lelaki ke rumahnya kerana tidak berpuas hati tindakan lelaki itu sering mengganggu teman wanitanya melalui pesanan WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang bersahabat dengan suspek sejak kecil pergi ke rumah itu bersendirian sebelum berlaku perkara di luar jangka.

“Ketika mangsa tiba, suspek terus mengeluarkan sebilah pedang samurai untuk menyerang mangsa dan menetak ibu jari kiri rakannya itu hingga putus.

“Mangsa cedera di lengan akibat dilibas dengan pedang berkenaan kerana cuba menghalang suspek daripada terus menyerangnya,” katanya

Noorzainy berkata, suspek kemudian melarikan diri sejurus kejadian dan mangsa menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi mendapatkan rawatan dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, polis berjaya menjejaki suspek dan dia ditahan kira-kira 5 pagi semalam untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

 

Sumber dari Berita Harian.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement