Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Tiada Makhluk Hitam Putih di Kuala Kangsar!

Peringatan kononnya berlaku kes orang hilang dan terdapat satu lembaga hitam dan putih yang berkeliaran…

Published

on

Polis Perak menafikan mengeluarkan surat yang tular di media sosial meminta orang ramai tidak membenarkan anak mereka keluar pada waktu malam kerana berlakunya kes kehilangan orang di sekitar Kuala Kangsar.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata surat mempunyai logo PDRM dan kononnya ditandatangani Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan adalah tidak benar.
“TKPD sudah membuat laporan polis dan kita akan ambil tindakan kepada individu yang menyebarkan surat tidak betul itu, malah tidak ada kes sebegitu (kehilangan orang) berlaku di Bandar Diraja, Kuala Kangsar.
“Siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti individu yang menyebarkan berita palsu itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Hari Polis ke-212 di sini, hari ini.
Antara isi kandungan surat bertarikh 29 Mac lalu yang dialamatkan kepada semua balai bomba, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu adalah mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar tidak membenarkan anak mereka keluar rumah pada waktu malam.
Peringatan itu kononnya susulan berlaku kes kehilangan orang dan terdapat satu lembaga hitam dan putih yang berkeliaran di kawasan Kuala Kangsar, Sayong Lembah, Sayong Tebing, Kota Lama Kanan dan sekitarnya.

Sumber : Berita Harian

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement