Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Tiada Lagi Pawagam Di Seluruh Kelantan

Setiap kali filem baharu keluar, sudah tentu kita akan memilih untuk pergi ke pawagam dan menonton filem tersebut bersama keluarga atau rakan-rakan.

Published

on

Setiap kali filem baharu keluar, sudah tentu kita akan memilih untuk pergi ke pawagam dan menonton filem tersebut bersama keluarga atau rakan-rakan.
Walaubagaimanapun, kerajaan Kelantan memutuskan tiada pawagam akan beroperasi di negeri itu dalam usaha membendung gejala sosial.

Gambar hiasan 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pawagam, namun jika kita buka ruang, masalahnya penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat.
“Kedua, boleh jadi kita boleh kawal dalam pawagam, tapi masa anak-anak keluar nak sampai ke pawagam dan balik selepas 12 tengah malam, dia akan banyak mengundang masalah gejala sosial.
“Pada tahun ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meletakkan satu fokus untuk mengurangkan gejala sosial.
“Jadi selepas berbincang secara panjang lebar, kerajaan negeri memutuskan tidak mengadakan pawagam di seluruh Kelantan,” katanya. 

Menurutnya, walaupun tiada pawagam untuk menonton filem di negeri itu, mereka tidak berdepan apa-apa masalah.

“Selepas hampir 30 tahun tidak mempunyai pawagam, negeri ini tidak berdepan dengan masalah kerana banyak sumber lain sekiranya mahu menonton filem,” ujarnya lagi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement