Connect with us
alt_img>

Berita

Tiada Lagi Had Cermin Gelap

Kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan dan cermin kiri serta kanan pemandu, masing-masing masih kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada.

Published

on

Bermula hari ini, 8 Mei 2019,  tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Katanya, menerusi peraturan itu, ia juga menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan kenderaan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50 peratus.

IMAGE BHARIAN

“Justeru, pindaan bagi kadar ketelusan cahaya tampak cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang tidak membabitkan kenderaan motor yang didaftarkan dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan.
“Bagaimanapun, untuk kadar ketelusan cahaya tampak pada bahagian cermin hadapan dan sisi kiri dan kanan pemandu adalah masih kekal seperti sedia ada,” katanya pada sidang media pengumuman mengenai cermin gelap di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, pindaan itu juga turut dibenarkan ke atas kenderaan persendirian yang digunakan bagi perkhidmatan e-hailing.
Katanya, faktor pindaan dibuat adalah sejajar dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain permintaan tinggi daripada pemilik kenderaan persendirian yang memohon penetapan sedia ada dilonggarkan.

IMAGE JPJ

Bagi individu yang merancang untuk menggunakan cermin gelap sepenuhnya dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus.
Contohnya atas faktor keselamatan atau faktor kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
YB Loke turut memaklumkan untuk setiap permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50, manakala untuk setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun.

Sumber: Harian Metro & Jabatan Pengangkutan Jalan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement