Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

“Tiada Istilah Bersara..” Maya Karin Kagumi Bapanya

Semua ayah macam ni…

Published

on

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itulah kata-kata yang sentiasa diungkap dan digambarkan apabila bercerita tentang kedua orang tua yang telah banyak berjasa tehadap anak-anak.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa. Bukan sahaja dengan memberi mereka hadiah atau wang setiap bulan, malah mendoakan mereka juga adalah dikira sebagai satu sedekah buat mereka berdua.

Realitinya masa kini, masih ada lagi anak-anak yang membiarkan dan mengabaikan tanggungjawab seperti yang dipaparkan dalam cerita masa dulu Si Tanggang. Anak derhaka yang tidak menghargai pengorbanan dan jasa ibunya.

Lain pula dengan pelakon, pengacara, model dan penyanyi Maya Karin. Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Maya telah berkunjung ke Ho Chi Minh, Vietnam bagi bertemu dengan bapanya.

View this post on Instagram

Good morning! Visiting my father in Ho Chi Minh. Look at you papa! My father is 70 years old, still climbing to the top! 👍🏼 He still works actively in Africa and in his downtime he hikes and climbs. Retire? No way he says. He’s a champ! #motivation #health #drive #energy #rolemodel #myfather

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Menurut Maya pada kapsyennya, dia kesana bagi tujuan menziarah bapanya, namun mendapati lelaki tersebut masih lagi bergiat aktif dengan menyertai sukan-sukan ekstreme.

Apabila ditanya tentang persaraan, bapanya tidak akan berhenti walaupun usianya kini sudah menginjak kepada 70 tahun.

Kuat semangat ayah Maya ni kan? Kool FM doakan semoga ayah Maya dipanjangkan umur dan sentiasa dalam kesihatan yang baik!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement