Gaya Hidup
Tersilap Pam Petrol Pada Kenderaan? Jangan Start Engine, Lakukan 3 Perkara Ini
Kena peka lepasni..
Walaupun perkara yang akan diulaskan ini belum pernah berlaku kepada anda ataupun dalam kalangan keluarga anda, ingat! malang tak berbau.
Kadang-kadang, kejadian tersalah pam petrol boleh berlaku sekiranya anda tidak pernah menggunakan kenderaan tersebut, warna pam bahan api yang mengelirukan ataupun anda sendiri berkhayal sewaktu mengisi bahan api kenderaan anda.
Ketahuilah bahawa, memasukkan bahan api yang salah ke dalam tangki minyak memang seringkali terjadi. Baik petrol kepada disel mahupun disel kepada petrol.
Bertenang dan mengambil tiga langkah penting di bawah:-
JANGAN HIDUPKAN ENJIN
Biasanya jika kenderaan anda menggunakan disel, pam minyak akan diselaputi pelincir yang ada dalam minyak disel untuk melicinkan proses. Jika petrol dimasukkan secara tidak sengaja ia akan bertindak sebagai peluntur yang akan menghakis pelincir yang ada dan mengakibatkan bahagian logam bergeser antara satu sama lain.
Sebaliknya jika anda memasukkan disel ke dalam tangki petrol, kadar kerosakannya tidaklah serius sangat tetapi ia masih akan membuatkan kereta anda mengeluarkan asap berkepul-kepul dan sedikit semput.
Jalan yang terbaik ialah keluarkan disel yang sudah bercampur dengan petrol itu dengan secepat mungkin.
Dengan tidak menghidupkan enjin anda juga anda telah menyelamatkan wang anda memudahkan tugas mekanik yang datang membantu anda.
BUAT ANGGARAN KUANTITI BAHAN API YANG TELAH DIPAM MASUK
Walaupun cara terbaik menangani masalah ini ialah dengan mengeringkan tangki minyak anda terlebih dahulu, jika anda sedar kesilapan anda sewaktu sedang mengisi minyak, anda mungkin masih boleh menyelesaikan masalah tanpa memanggil bantuan mekanik.
Sebaik sedar akan kesilapan, cuba buat anggaran berapa petrol atau disel yag anda telah tersilap pam masuk. Jika jumlahnya kurang dari 10 peratus kapasiti tangki minyak anda, anda boleh memenuhkannya dengan bahan api yang betul dan pandu seperti biasa.
Bagaimana nak tahu? Periksa angka pada pam yang anda gunakan berdasarkan liter kemudian anggarkan kandungan tangki sedia ada.
MINTA BANTUAN MEKANIK
Jalan terakhir ialah dengan meminta bantuan mekanik terlatih untuk menyelamatkan keadaan.
Jangan cuba jika anda sendiri memang seorang mekanik terlatih. Untuk mengeringkan tangki bahan api sebenarnya kerja yang agak merbahaya dan mesti dilakukan dengan betul kerana ia mudah terbakar.
Walaupun kemungkinan mereka boleh menyelesaikan masalah ini di tepi jalan di mana kereta anda tersadai, ada kemungkinan kereta anda masih perlu di bawa ke bengkel jika jumlah bahan api yang anda salah masukkan terlalu banyak.
Insiden memasukkan bahan api yang salah bukannya sesuatu yang aneh kerana ia berlaku di seluruh dunia.
Jadi jika ia terjadi kepada anda, bertenang. Segera matikan enjin dan dapatkan bantuan mekanik yang bertauliah.