Terma dan Syarat Ujian Pressure Kool
TERMA DAN SYARAT
- Ujian Pressure Kool adalah sebuah kempen on-air yang dianjurkan sepenuhnya oleh Kool FM Radio Sdn Bhd (872481-D), bermula dari 1 Februari 2021.
- Peraduan Ujian Pressure Kool ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.
MEKANISME
- Jadi pemanggil terpantas setelah isyarat mendail keudara di talian 03-7722 5656.
- Peserta perlu menjawab soalan dengan betul dalam masa 30 saat untuk peluang memenangi wang tunai bernilai RM300 atau jumlah terkumpul.
LAIN-LAIN
- Segala keputusan Kool FM berkaitan dengan peraduan Ujian Pressure Kool ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.
- Kool FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Ujian Pressure Kool pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
- Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik.
TALIAN TERCICIR DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
Peraduan melalui panggilan telefon:
- Tiada liabiliti ditanggung oleh pihak Kool FM untuk komunikasi telefon yang tidak baik, salah arah / salah menelefon atau kesukaran teknikal yang dialami oleh pemanggil semasa panggilan masuk untuk peraduan.
Jika semasa dalam Peraduan:
- Talian telefon terputus atau terganggu; atau
- Terdapat pertikaian yang timbul daripada penggunaan talian-talian telefon di dalam Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana telefon berbilang talian adalah digunakan); atau
- Penyampai tidak mendengar apa-apa maklum balas yang jelas daripada pemanggil.
Pihak Kool FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.
KETIDAKLAYAKAN
- Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Kool FM; Rangkaian Radio Media Prima; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
- Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Kool FM atau syarikat bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.
- Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Kool FM.
- Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.
PROSES PENYEDIAAN HADIAH
- Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Kool FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.