Connect with us
On Air Di Kool

Terma dan Syarat On Air Di Kool

Penganjur, Penerbit dan Kelayakan

  1. Peraduan ‘On Air Di Kool’ ini diatur, diurus dan diterbitkan oleh Kool FM Sdn Bhd melalui saluran radionya, yang dikenali sebagai Kool FM bertujuan mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri penyiaran. 
  2. Tiada pengalaman sebagai penyampai radio di mana-mana stesen radio komersial. Stesen radio amatur (uni radio) layak untuk memohon. 

 

 Cara penyertaan

  1. Daftar butiran anda di laman sesawang kami. Pilih salah satu script dan muat naik audio demo anda yang berdurasi tidak melebihi 30 saat di www.koolfm.com.my 
  2. Format Audio:
    • Durasi audio : tidak melebihi 30 saat
    • Format fail: mp3
    • Kualiti audio: minimum 128kbps
    • Saiz fail: 5 MB
  3. Hanya peserta yang berjaya akan dimaklumkan melalui telefon dan email 

 

Hadiah & Pemilihan Peserta

  1. Peraduan ini menawarkan peluang untuk bersiaran hujung minggu di Kool FM.
  2. Peserta-peserta terbaik akan dipilih mengikut penilaian pihak Kool FM.

Tangunggjawab & Liabiliti Peserta

  1. Penghantaran ujibakat akan diguna-pakai sebagai akuan peserta untuk menerima ‘Syarat-syarat Peraturan On Air Di Kool’ dan peserta adalah termaktub kepada syarat-syarat yang dinyatakan.
  2. Hakcipta yang digunakan dalam ‘On Air Di Kool’ ini menjadi milik tunggal stesen radio.
  3. Kool FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan jenis, kandungan dan penerbitan yang terkandung di dalam peraduan ini. Kool FM juga mempunyai hak mutlak untuk meminda mana-mana bahagian di dalam Syarat-syarat & Peraturan Peraduan ‘On Air Di Kool’ ini pada bila-bila masa.
  4. Kool FM berhak menggunakan sebarang imej, audio, visual peserta atau yang melibatkan peserta dalam apa jua bentuk bagi tujuan promosi & publisiti tanpa perlu memberitahu peserta terlebih dahulu.
  5. Semua keputusan mengenai sebarang perkara berkaitan dengan peraduan ini adalah di atas budi bicara tunggal dan mutlak Kool FM dan panel hakim yang dilantik. Keputusan yang di buat adalah pada setiap masa muktamad dan semua peserta adalah terikat kepadanya.
  6. Semua peserta mesti mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia sepanjang tempoh peraduan ini dijalankan.