Semasa & Hiburan
“Terlalu Peribadi Untuk Saya Kongsi” Sheila Rusly Doa Kejayaan Janna Nick
Buang yang keruh ambil yang jernih sis..
“Saya sayang dia sebenarnya, tapi terlalu peribadi untuk saya kongsi. Kalau saya tak sayang, dia takkan berada di mana dia berada sekarang,”
Itulah luahan Sheila Rusly dalam nada sebak sebelum tidak dapat menahan tangisannya.
Ia semua berlaku selepas ditanya mengenai hubungannya dengan Janna Nick.
Sheila bagaimanapun menyatakan dia sudah memaafkan Janna selepas pelakon itu menghantar mesej meminta maaf.
Bagaimanapun, Sheila masih sukar untuk terima perbuatan Janna terhadap diri dan keluarganya.
Dalam masa sama, Sheila tetap enggan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di antara dia dengan pelakon drama Leftenan Zana itu.
“Saya bahasakan diri Mama dengan dia. Apa saya nak cakap, mama sudah maafkan Janna. Tapi tidak mengapa, manusia memang akan membuat kesilapan.
“Kadang-kadang kita akan berada di satu fasa di mana kita lupa di mana bermula. Tapi okey, dia masih muda. Perjalanan kerjayanya masih jauh lagi.
“Apa yang dia buat pada saya dan keluarga, ambil iktibar. Pesan saya, jadilah artis yang membanggakan pengikut dan fokus dengan apa saja dia nak buat. Sentiasa ikhlas dan jujur terhadap apa dibuat. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaannya,” katanya.
Sumber dari: Media Hiburan