Berita
Terima Pengiktirafan Daripada YDP Agong, Dr Noor Hisham Kini Bergelar Tan Sri
Tahniah Dr Noorhisham!
Ketua Pengarah Kesihatan Negara, Datuk Dr Noor Hisham dilaporkan memegang gelaran Tan Sri selepas tersenarai sebagai salah seorang penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'. pic.twitter.com/ADV7TgxYtQ
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 17, 2020
Penganugerahan itu difahamkan dikurniakan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Berita Harian, Dr Noor Hisham merupakan salah seorang daripada 12 penerima PSM yag membawa gelaran Tan Sri yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Baca selanjutnya di sini.