Connect with us

Hiburan

“Terima Kasih Kecik, Kawan Tetap Kawan” – Rody Kristal

Setiap masalah pasti ada jalan keluar. Semoga kumpulan Kristal dapat mencari pengganti Kecik.

Published

on

Merasakan dirinya tidak mempunyai jiwa sebagai penyanyi rock, bekas vokalis Kristal, Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 25, memilih haluan sendiri selepas setahun bersama anggota kumpulan itu.

Bagaimanapun, keputusan itu diterima dengan baik oleh semua pihak tanpa sebarang pergaduhan.

Menerusi laman Instagram pemain gitar kumpulan Kristal, Rody atau Muhamad Rodi Baharuddin, dia berterima kasih kepada Kecik kerana bersikap jujur dan berbincang tentang dilema yang dihadapinya selama ini.

View this post on Instagram

Assalamualaikum.. Kite bersifat terbuka.. tak perlu sorok.. kite boleh terima ape jua keputusan.. terima kasih @kecik_ogiee kerana berterus terang.. Jiwa itu tak boleh dipaksa dan dibeli.. Kite semua faham.. Benda boleh selesai jika bersepakat dan berbincang.. 😊 Setelah berbincang bersama.. Keputusan telah dibuat bersama Pakdin(ayah sy) selaku pengasas @kristalband bahawa kite telah melepaskan @kecik_ogiee dari Kristal.. Terima kasih kecik! Kawan tetap kawan.. So next?? Ade ke orang nak nyanyi dgn Kristal? 😂 #sukahatiakulahbandniakupunya #korangapatau😆😂 #bendabolehbincangbuatapabergaduh

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Khamis lalu, Kecik yang menggantikan Lan Solo telah mengumumkan keluar daripada kumpulan Kristal secara rasmi selepas mendapat persetujuan semua pihak.

Kumpulan Kristal telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Baharuddin bin Baharom (Pakdin) iaitu bapa kepada pemain gitar, Rody Kristal di Kuala Lumpur.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement