Connect with us
Kool FM

Berita

Terima Kasih Frontliners

Pengorbanan anda amat kami hargai.

Published

on

Di saat dunia berdepan ancaman Covid-19, semua petugas barisan hadapan (frontliners) adalah antara wira yang tidak didendang terutama mereka yang bekerja di sektor perubatan.

Sekecil-kecil tugas termasuk cleaner, cashier dan tukang mesin rumput juga wajar diberi penghargaan kerana tidak putus-putus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi menyelamatkan negara.

Menerusi segmen Kool Talk bertarikh 2 April 2020, penyampai Kool FM iaitu AG dan Haiza mendedikasikan ucapan penghargaan dan penghormatan buat warga frontliners yang terlibat dalam memerangi Covid-19.

Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, Dr Nabil Mohamad bin Al Quddus ketika dihubungi sempat berkongsi sedikit pengalaman beliau yang memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) selama berjam-jam ketika menjalankan tugas, demi keselamatan diri.

Kata beliau, PPE yang dipakai berlapis-lapis dalam kalangan petugas perubatan begitu tebal, panas dan tidak selesa kerana tiada udara sedikit pun yang boleh menembusinya atas faktor keselamatan.

Namun, itulah pengorbanan yang dilakukan demi merawat pesakit dan mengelak daripada terkena jangkitan.

Ada dikalangan mereka juga yang terpaksa menahan diri daripada membuang air kecil atau besar apabila sudah memakai PPE.

Dalam pada itu, AG dan Haiza juga sempat menghubungi Ketua Jururawat Hospital Selayang, Puan Azmi Laili binti Zainin.

Beliau selaku Ketua Jururawat berterima kasih kepada petugas-petugas bawahannya yang terus cekal menjalankan tugas merawat dan menyelamatkan nyawa orang ramai tanpa mengira waktu dan masa.

Biarpun mengakui tugas sebagai jururawat amat mencabar, mereka telah lama dilatih untuk sentiasa bersedia dalam berdepan apa jua wabak penyakit termasuk Covid-19.

Terima kasih frontliners kerana telah melaksanakan tugas mulia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement