Connect with us

Gaya Hidup

Tempat Kerja Anda Cukup ‘Sihat’ Ke?

Published

on


Tempat kerja sihat adalah persekitaran sosial dan fizikal yang membantu menjalankan tugas dan mengolah keupayaan ke peringkat maksima”

Setiap hari pergi kerja, tapi pernah tak anda terfikir tentang aspek ‘tempat kerja sihat’? Haa, bila bercakap sahaja tentang kesihatan mungkin ramai yang faham tentang kesejahteraan tubuh badan, mental dan fizikal. Tapi ramai yang terlepas pandang untuk menitikberatkan soal kesihatan di tempat kerja. Perasan tak, kadang-kadang kita berasa malas dan tiada mood untuk pergi, dan setiap hari menghitung bila nak cuti atau masuk gaji?

Itu bermakna petanda bahawa berada dalam persekitaran tempat kerja tidak sihat. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kepentingan untuk memastikan anda berada dalam good circle di pejabat. Jom baca perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut bagaimana anda ingin tahu sebenarnya tempat kerja anda baik atau tidak untuk masa depan.

Image result for women work

Sumber: universal

Kenapa Perlu Tempat Kerja Sihat?

Anda perlu tahu setiap pekerja meluangkan lebih kurang 50 peratus masa aktif mereka setiap hari. Hasil daripada program kesihatan yang dijalankan ke atas syarikat mendapati apabila pekerja berasa sihat, mereka akan bekerja lebih baik dan kurang mengambil cuti sakit. Secara tidak langsung individu tersebut akan memilih untuk bekerja lebih lama di syarikat tersebut.

Untuk pengetahuan anda, persekitaran tempat kerja memberi impak secara langsung kepada kesihatan pekerja. Stress, tekanan atau sebarang gangguan adalah penyumbang terbesar kepada penyakit dan ketidakhadiran di kalangan pekerja. Sebagai majikan, anda sepatutnya memastikan dan mengenalpasti secara sistematik tentang semua perkara berbahaya di tempat kerja.

Bila majikan sudah kenal pasti, mungkin ia akan memudahkan lagi bagi proses penyingkiran dan pengasingan daripada perkara yang tidak diingini. Jadi penting untuk anda memastikan diri dan juga tempat kerja berada dalam keadaan yang sihat untuk memastikan hari anda menjadi lebih produktif.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Buat Cik Abang Makin Sayang, Ini Cara Betul Penjagaan Faraj Selepas Bersalin

 

 

 

 

Sumber: hkp 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement