Connect with us

Berita

Tembak tayar elak penyamun lari

Published

on


KLANG – Dua penjenayah termasuk seorang wanita diberkas selepas tayar kenderaan dinaiki mereka ditembak polis dalam kejadian di Jalan Bandar Baru Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, kedua suspek yang diberkas berusia 31 hingga 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila sepasukan polis telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan kawasan tersebut.

Katanya, sebaik pegawai dan anggota polis memperkenalkan diri didapati suspek yang berada dalam kereta dengan enjin masih hidup telah cuba memecut kenderaan.

“Tindakan suspek itu menyebabkan dua buah kereta polis yang berada di hadapan dan belakang kenderaan suspek  dilanggar dengan tujuan untuk melarikan diri.

“Demi mempertahankan diri, pihak polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan dengan dua daripadanya di tayar hadapan dan satu lagi di tayar belakang sebelah penumpang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan kenderaan itu menemui dua peket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 5.31 gram, pelbagai peralatan pecah rumah, telefon bimbit, penutup muka hitam dan peralatan menghidap dadah.

Kata Shamsul Amar, siasatan kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek berusia 30 tahun di Bandar Bukit Raja.

“Semakan mendapati suspek ini terlibat dalam cubaan samun sebuah rumah eksekutif koperasi di Jalan Pokok Sakat, semalam.

“Hasil semakan turut mendapati kesemuanya mempunyai rekod lampau dengan seorang daripadanya mempunyai 26 kes jenayah sebelum ini,”katanya.

Jelas beliau, pihaknya masih mengesan dua lagi rakan suspek dengan kes disiasat mengikut  Seksyen 393 dan 307 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

The post Tembak tayar elak penyamun lari appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement