Connect with us
Kool FM

Berita

Tema Hari Pekerja 2020 CUEPACS : “Pekerja Tunjang Kelestarian Negara”

Selamat Hari Pekerja!

Published

on

Tanggal 1 Mei merupakan Hari Pekerja yang disambut pada setiap tahun.

Sejarah sambutan Hari Pekerja berasal daripada gerakan yang menuntut pengurangan jam kerja.

Asal usulnya pada 1 Mei setiap tahun boleh dijejak kembali kepada gerakan pekerja pada abad ke-19 yang berjuang untuk menuntut pengurangan jam kerja tanpa mengurangkan gaji.

Kerja 8 jam sehari atau 40 jam seminggu merupakan tuntutan utama pekerja-pekerja pada zaman revolusi industri.

Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Tuan Haji Adnan Mat ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG, Muaz dan Haiza pada 30 April berkata, tema sambutan Hari Pekerja pada tahun 2020 ialah “Pekerja Tunjang Kelestarian Negara”.

Ditanya mengenai pemilihan tema tersebut, beliau berkata, pekerja adalah tulang belakang atau tunjang kepada kerajaan hari ini yang menjayakan program-program kerajaan selain memacu kembali ekonomi tatkala negara dilanda Covid-19.

Jika sebelum ini Hari Pekerja disambut secara besar-besaran, tahun 2020 sedikit luar biasa apabila pihak CUEPACS akan mengadakan program melalui Facebook Live pada 1 Mei 2020 bagi mengelakkan perhimpunan ramai susulan wabak Covid-19.

Antara pengisian program ialah ucapan khas daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemberian anugerah CUEPACS termasuk Tokoh Hari Pekerja dan Anugerah Majikan Prihatin.

Sambutan Hari Pekerja 2020 itu difahamkan akan dilancarkan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya di Putrajaya.

Anda yang terlepas perbualan penuh penyampai Kool FM bersama Tuan Haji Adnan Mat, jom dengarkan di bawah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement