Connect with us

Berita

Teksi Motosikal Bermula Januari 2020

Perlaksanaan program rintis atau ‘Proof of Concept’ (POC) di Lembah Klang akan dijalankan selama enam bulan.

Published

on

Malaysia akan membenarkan syarikat perniagaan pengantaraan yang berminat menyediakan perkhidmatan bike–hailing atau teksi motosikal seperti GoJek dari Indonesia dan startup tempatan, Dego Ride untuk memulakan operasi mulai Januari 2020.

Perlaksanaan program rintis atau ‘Proof of Concept’ (POC) di Lembah Klang itu akan dijalankan selama enam bulan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang memberitahu program perintis itu akan menentukan sama ada wujud permintaan terhadap perkhidmatan tersebut.

“Memandangkan proses pindaan undang-undang akan mengambil masa termasuk memerlukan pembentangan dan kelulusan di Parlimen, kerajaan bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan berminat menyediakan melaksanakan projek perintis.

“Sepanjang tempoh POC berkenaan, mereka boleh membuat persiapan dan pengujian pelaksanaan perkhidmatan bike-hailing.

“Tempoh ini juga membolehkan kerajaan dan syarikat terbabit mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan keperluan operasi lain,” katanya ketika menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) tentang projek perintis bagi perkhidmatan ride-hailing.

Beberapa syarat terhadap syarikat pengendali turut ditetapkan oleh Kemeterian bagi tujuan keselamatan dan penyeragaman.

Antaranya lokasi perkhidmatan hanya di sekitar Lembah Klang, kecuali jika ada permintaan di kawasan lain, pemandu ride-hailing perlu memiliki lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun, begitu juga dengan penumpang serta hanya seorang pembonceng dibenarkan dalam satu masa.

Kerajaan membenarkan perkhidmatan bike-hailing sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap liputan perkhidmatan awam di negara ini.

Sumber: Berita Harian

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement