Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Teknik Paling Sempoi Kumpul Duit Ribuan Ringgit Walaupun Gaji Ciput!

Published

on


Tak sampai hujung bulan duit gaji dah habis, macam mana nak menyimpan? Persoalan ini mungkin sering mengganggu anda tidak kira sama ada baru bekerja atau sudah lama. Anda perlu faham pentingnya seseorang itu untuk anda simpanan masa hadapan tidak kira bergaji tinggi atau sedikit.

Mungkin setiap kali anda ingin menyimpan ada sahaja perkara yang perlu diselesaikan sehingga usaha anda untuk mempunyai savings sendiri terbantut. Bagi yang sering mengeluh gaji ‘ciput’ mungkin lebih sukar untuk anda membuat simpanan sebab kadangkala duit yang anda peroleh betul-betul hanya cukup untuk belanja makan dan membayar perkara penting.

Nak menyimpan tapi tak tahu teknik terbaik? Jom baca perkongsian di bawah!

Image result for dapat duit gaji

Sumber: pondok

Dapat Je Gaji Terus Asingkan

Biasakan dengan formula ini untuk memudahkan anda, menyimpan dan berbelanja mengikut gaji yang anda dapat setiap bulan.

  • 10% – Simpanan
  • 10%- Takaful
  • 10%- Kecemasan
  • 70%- Belanja

Simpanan tu boleh ikut kemampuan anda, kalau simpan lebih tidak menjadi masalah malah ia lebih bagus!

Simpan Pada Tempat Yang Sukar Untuk Dikeluarkan

Antara tempat terbaik untuk menyimpan duit adalah tempat yang tidak boleh menggunakan kad untuk mengeluarkannya. Contoh seperti ASB, Tabung Haji dan Emas. Untuk anak muda, setiap kali bekerja tetapkan matlamat untuk mencari harta bukan hanya sekadar mencari makan.

Image result for jual air

Sumber: blogmaukerja

Cari Side Income 

Dah tahu gaji cukup-cukup makan, tapi berhasrat ingin menyimpan ribuan ringgit? Haa, orang yang berjaya selalunya tidak akan duduk diam dan hanya melakukan satu pekerjaan sahaja. Tahun baru, apa kata tukar matlamat baru untuk mencari side income dengan membuat kerja sambilan secara tidak langsung sumber pendapatan anda akan bertambah.

Related image

Sumber: mano

Banyakkan Bersedekah

Fuhh cara ni memang berkesan! Tapi anda perlu yakin dan percaya setiap rezeki yang anda dapat perlu dikongsikan bersama kerana masih ada golongan yang memerlukan dan susah daripada anda. Waktu terbaik untuk sedekah adalah pada waktu pagi, jadi lepas ni sebelum pergi kerja anda boleh mulakan dengan rutin ini.

“The more you give, the more you will get back” 

Untuk tip yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bajet Lari? Ini Tip Penting Kalau Tak Nak Shopping Barang Makeup Ikut Nafsu

Pasport & Visa: Tak Perlu Cuak Fly Seorang Diri, Baca Tip Ni Untuk Bantu Anda

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: maskulin

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement