Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Teh Atau Kopi, Mana Lebih Baik?

Baik diambil pada kadar sederhana.

Published

on

Rasanya minuman paling popular dalam dunia adalah kopi dan juga teh. Kedua-duanya mempunyai peminat yang tersendiri. Bagi penggemar kopi ia mungkin menjadi minuman wajib pada waktu pagi sebelum memulakan sebarang pekerjaan. Begitu juga dengan penggemar teh yang gemar menghirup teh pada waktu pagi atau pun petang. Tapi yang penting minuman ini amat lah nikmat untuk diminum dalam cuaca dingin. Walau bagaimanapun, kedua-dua minuman ini sering diingatkan untuk tidak diambil secara berlebihan kerana boleh memberi keburukan kepada kesihatan. Jadi persoalannya mana satu yang lebih baik untuk kita minum?

Kebaikan Dan Keburukan Minum Kopi

Sebenarnya minuman kopi memang ada kebaikannya. Satu kajian daripada Universiti Harvard mendapati bahawa orang yang minum tiga hingga lima cawan kopi sehari mempunyai risiko kematian yang rendah akibat penyakit tertentu. Sifat antioksidan dalam kopi dikatakan banyak membantu memberi perlindungan terhadap penyakit diabetes, parkinson dan juga sesetengah penyakit barah. Tetapi dengan syarat jumlah gula pada paras yang rendah.

Walau bagaimanapun, bahan semula jadi yang ada dalam kopi jika tidak ditapis boleh meningkatkan kadar kolesterol. Tambahan lagi, kandungan asam kopi yang dikatakan lebih tinggi daripada teh boleh menyebabkan masalah pencernaan. Kalau minum empat cawan kopi atau lebih dalam sehari, ia dikatakan mampu mengurangkan kepadatan tulang sekitar 2-4%. 

Selain itu, kopi juga agak terkenal dengan kandungan kafein yang tinggi. Sebab itu bagi mereka yang tidak biasa minum kopi akan mudah rasa gelisah atau kurang selesa lepas minum kopi. Pengambilan kopi secara berlebihan kepada yang mempunyai tekanan darah tinggi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah. Itu lah tindak balas kafein yang ada dalam dalam kopi terhadap tubuh badan kita. 

Kebaikan Dan Keburukan Minum Teh

Pengambilan minuman teh pula sering dikatakan memberi manfaat kepada kesihatan kerana kandungan antioksidannya terbukti dapat membantu mencegah pembuluh darah daripada menjadi pejal dan dapat meningkatkan kesihatan otak. Di samping itu, satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal kesihatan Nutrition Bulletin mendapati bahawa pengambilan teh secara berkala dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sebenarnya, kajian lain ada menyatakan bahawa pengambilan teh dapat mengurangkan tahap tekanan berbanding minuman berkafein lain, seperti kopi. Jadi dari sini boleh nampak teh mempunyai manfaat yang lebih berbanding kopi.

Minuman teh hijau yang memang sinonim dengan manfaatnya juga merupakan satu jenis teh terbaik. Dikatakan pengambilan lebih dari dua cawan sehari mampu meningkatkan imuniti badan, membantu mempercepatkan metabolisme tubuh, dan dapat mengurangkan risiko kehilangan ingatan akibat penuaan. Namun, pengambilan secara berlebihan tetap mendatangkan risiko kepada kesihatan badan. 

Kandungan tanin dalam teh dikatakan boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam badan. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan teh boleh menyebabkan penurunan penyerapan zat besi sebanyak 62%. Selain itu, satu kajian mendakwa bahawa pengambilan teh lebih daripada tujuh cawan sehari dapat menggandakan risiko penyakit barah prostat berbanding mereka yang mengambil tiga cawan teh atau kurang.

Minum Lah Secara Sederhana

Walaupun ramai penggemar teh atau kopi yang selalu berdebat dan menyatakan minuman mereka adalah yang terbaik dan banyak memberi manfaat, pengambilan secara berlebihan tetap ada keburukannya. Teh atau kopi? Kedua-duanya tetap baik untuk kesihatan jika diambil pada jumlah yang sederhana.

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement