Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Tayangan M For Malaysia 4 Hari Sahaja!

Yuna dan Rendra nyanyikan soundtrack M For Malaysia

Published

on

Pada 10 Mei 2018, Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke 14.

Kemenangan itu menjadi detik bersejarah buat Malaysia apabila PH menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional yang berusia lebih 60 tahun.

Susulan kemenangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, kali ke dua beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sempena dengan itu, rakyat Malaysia boleh menonton dokumentari yang merakam moment istimewa kemenangan itu yang berjudul M For Malaysia.

Dokumentari ini ditayangkan selama 4 hari sahaja bermula 12 September di 34 pawagam terpilih.

Dokumentari ini diarahkan oleh Ineza Rousille dan Dian Lee. Ineza merupakan cucu Tun Dr Mahathir, yang juga anak kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

M For Malaysia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa seperti CAAMFest37 di San Francisco pada Mei lalu dan DocEdge New Zealand pada bulan Jun.

Sementara itu, penyanyi Yuna telah dipilih untuk menyanyikan soundtrack M For Malaysia, berjudul Bermula Kita.

Lagu itu dinyanyikan bersama Rendra Zawawi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement