Connect with us

Berita

Taufan Hagibis Ragut 35 Nyawa

Seramai 35 orang terbunuh, 166 orang cedera manakala 17 dilaporkan masih hilang.

Published

on

Taufan Hagibis yang melanda Jepun semalam mengakibatkan seramai 35 orang terbunuh, 166 orang cedera manakala 17 dilaporkan masih hilang.

Beberapa bandar antaranya Nagano, Niigata, Miyagi, Fukushima, Ibaraki, Kanagawa dan Saitama ditenggelami banjir sehingga penduduk terpaksa berpindah.

Sementara itu di Nagano, lebih kurang 360 penduduk terkandas apabila rumah mereka ditenggelami air berikutan tebing Sungai Chikuma pecah.

Tengahari semalam, lebih 200,000 kediaman di timur dan tengah Jepun terputus bekalan elektrik.

Bagaimanapun, kerajaan dilaporkan sudah mengerahkan ribuan anggota tentera dan anggota penyelamat untuk membantu mangsa banjir.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement