Connect with us
Kool FM

Berita

Tarikh Buka Sekolah Ditentukan Hari Ini

Mesti ramai pelajar yang rindu nak ke sekolah.

Published

on

Tarikh pembukaan sesi persekolahan dijangka ditentukan pada 9 jun 2020 menerusi satu mesyuarat antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan tamat pada Selasa dan digantikan dengan fasa pemulihan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos yang membolehkan pembukaan beberapa sektor penting lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,ย ibu bapa diberi masa dua minggu membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah.

“Dalam proses itu (fasa pemulihan) kita bukan saja akan membuka sektor ekonomi tetapi sukan, perniagaan dan pelajaran.

“Esok (Selasa) kita akan adakan mesyuarat dengan KPM untuk bincang tarikh sesuai (pembukaan sekolah). Ibu bapa diberi masa dua minggu untuk membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah.

“Mungkin kita akan mula dengan Tingkatan 5 dan 6 sebelum kita buka untuk semua pelajar lain.

“Ini adalah perancangan kita tetapi perbincangan mendalam akan dilakukan esok (Selasa) dalam mesyuarat bersama KPM,” katanya.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement