Connect with us

Berita

Tandas Pejabat Kawasan Larangan Merokok!

Kementerian Kesihatan diminta pertimbang cadangan

Published

on

Selepas larangan merokok dikuatkuasakan di tempat makan, mungkin ia wajar diperluaskan lagi ke tempat-tempat lain, seperti di pejabat, khususnya di tempat tertutup.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan itu perlu dibincang dengan majikan sebagai galakan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.

Kementerian Kesihatan turut diminta mempertimbangkan pelaksanaan larangan itu.

Menurut kenyataan beliau yang disiarkan akhbar BH,

Kita memberi kebebasan kepada perokok untuk merokok, tetapi perlu ada had kawasan. Saya dapati ramai pekerja yang menggunakan tandas pejabat untuk merokok, sekali gus memberi kesan kepada bukan perokok yang menggunakan kemudahan sama.

Tambah Lee Lam Thye ,

Majikan perlu menyediakan tempat khas supaya orang lain tidak terjejas.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement