Connect with us
Kool FM

Berita

Tanam ketum `berjangkit’ ke Negeri Sembilan

Published

on


JEMPOL: Penanaman pokok ketum ‘berjangkit’ ke Negeri Sembilan apabila pihak berkuasa mengesan sebuah ladang seluas 1.2 hektar ditanam dengan 3,000 pokok itu di Felda Lui Selatan semalam.

Itu penanaman ketum terbesar di negeri ini. Sebelum ini sudah dua kali pihak berkuasa memusnahkan pokok ketum ditanam di kawasan sama.
Menurut beliau, ketum tersebut ditanam di tanah milik kerajaan dalam kawasan Akta Tanah Berkelompok.

“Kami ada maklumat tapi masih mengenal pasti siapa penanam, cuma yang pasti tanah ini adalah tanah kerajaan.

“Bagi saya pengusahanya tidak ramai, mungkin seorang dua dan mereka bermastautin di kawasan sekitar ini lalu memilih kawasan ini,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd. Khairiel Mohd. Arif.

Kata beliau, pokok ketum sekitar enam bulan dan sudah diambil hasilnya dimusnahkan mengikut Seksyen 325 Kanun Tanah Negara.

“Pokok-pokok ini perlu dihapuskan sebelum mereka bawa keluar dan menjadikannya minuman. Kami akan pantau kawasan ini supaya ia tidak ditanam semula,” katanya.

Syahrul Nizam turut mendedahkan terdapat penemuan beberapa paku yang dijadikan jerangkap samar oleh pemilik ladang tersebut.

“Ia untuk menghalang pihak berkuasa memasuki kawasan ini. Ini perkara baharu.

“Saya rasa mereka berada di ta­hap mencabar pihak berkuasa, saya yakin mereka cuba beri amaran, tapi kami tak gentar,” katanya. UTUSAN ONLINE

The post Tanam ketum `berjangkit’ ke Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement