Connect with us

Berita

Tanah Mendap: Penduduk Dipindah Untuk Keselamatan

Mendapan tanah berlaku di Flat PKNS, Jalan Tun Razak di Kampung Baru, di Kuala lumpur.

Published

on

Mendapan tanah yang berlaku di Flat PKNS, Jalan Tun Razak di Kampung Baru, di Kuala lumpur menyebabkan 15 keluarga membabitkan 62 orang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Jalan Hamzah, Kuala Lumpur.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Kapten (PA) Aziana Hizazi berkata, PPS itu dibuka pada 1. 20 pagi hari ini selepas berlaku tanah mendap di kediaman penduduk berkenaan.

Difahamkan, pecahan keluarga yang dipindahkan itu membabitkan 23 lelaki, 26 wanita, enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan dua bayi.

“Sebelum itu, hujan lebat melanda kawasan terbabit sejak 6.45 petang semalam.

“Kami kemudiannya menerima maklumat berlaku tanah mendap di kawasan terbabit sebelum memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Selepas itu, pihak DBKL memaklumkan agar penduduk mengosongkan kediaman sementara tindakan selanjutnya dijalankan,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement