Connect with us
Kool FM

Berita

Tamatkan PKP? Ini 6 Kriteria Penting Digaris KKM

Diharapkan rakyat Malaysia terus mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Published

on

Sudah lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi membendung penularan wabak berbahaya, Covid-19.

Saban hari, negara menunjukkan perubahan positif apabila jumlah kes jangkitan baru semakin menurun manakala kes yang sembuh pula semakin meningkat.

Tidak dinafikan, pasti ramai dalam kalangan rakyat yang tertanya-tanya, agaknya bilakah PKP ini akan ditamatkan?

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menggariskan enam kriteria penting yang perlu diambil berat sebelum memutuskan sama ada PKP boleh ditamatkan atau tidak.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, pada 21 April dan juga menerusi laman Twitter rasmi KKM.

Enam kriteria tersebut ialah:

1.Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import

2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif (2,041) daripada menjangkiti orang lain

3. Kemampuan sistem kesihatan kita (makmal dan wad)

4, Kemampuan kita melindungi golongan berisiko tinggi

5. Norma-norma baharu menjadi amalan hidup iaitu tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.

6. Kemampuan kita melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.

Diharapkan rakyat Malaysia terus mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah dan bersama berganding bahu memerangi wabak ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement