Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tak Tahu Nak Fokus Pada Masakan Atau Che Nom..”- Netizen Puji Che Nom Cantik Persis Uqasha

Setiap individu yang gemar memasak dan sering melihat video resipi di YouTube pasti pernah mendengar nama Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar. Resepi masakkannya yang mudah dibuat dan sedap menarik minat ramai untuk turut cuba memasak. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, video Che Nom memang menjadi pilihan rakyat. 

Published

on

Setiap individu yang gemar memasak dan sering melihat video resipi di YouTube pasti pernah mendengar nama Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar. Resepi masakkannya yang mudah dibuat dan sedap menarik minat ramai untuk turut cuba memasak. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, video Che Nom memang menjadi pilihan rakyat. 

Youtuber tempatan ini telah berjaya mengangkat video resipinya sebagai pilihan tontonan masyarakat. Malah, nama Che Nom pernah beberapa kali trending di media sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Baca juga: Ismail Izzani Sambut Ulangtahun Ke-21 Pada 1 Ramadan

Terbaru, Che Nom menerusi akaun Instagram miliknya berkongsikan satu video ‘bloopers’ hasil rakaman video masakannya semalam. Di dalam ‘bloopers tersebut, Che Nom dilihat ingin menunjukkan anugerah ‘Silver Play Button’ yang diterimanya daripada YouTube namun tak disangka ianya berada dalam keadaan yang terbalik. Keyakinan dah ada Che Nom cuma terlebih yakin pula kali ini. Terhibur netizen dengan gelagat Che Nom.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Che_Nom (@che_nom)

Namun, bukan itu sahaja yang menarik minat netizen, apa yang lebih menonjol adalah kecantikan Che Nom di dalam video tersebut. Berpakaian kurung serba merah ditambah pula dengan solekan yang manis daripada jurumekap popular, Yasmeenn Razak, memang langsung terpegun melihat Che Nom.

Tak nampak macam berumur 40 tahun pun. Malah, rata-rata mengatakan wajah Che Nom persis Uqasha Senrose.

Terpesona melihat Che Nom yang jarang memperlihatkan wajahnya di dalam video-video masakkannya sebelum ini, ada juga yang tak boleh fokus pada isi kandungan video tersebut.

Wah, memang nampak sama lah. Jika digandingkan sekali pasti menarik. Tak sabar nak tengok video terbaru Che Nom di YouTube. Agak-agaknya apa yang berbeza kali ini? Mari kita nantikan.

Baca juga: “Jangan Blur Lagi, Takut Kena Game Dengan Anak..” – Pesanan Netizen Buat Amirul

Sumber: Che Nom

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement