Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Tak Suka Berkepit 24 Jam, Ini 2 Sebab Kenapa Pekin Pilih Mona Allen

Setiap pasangan lain-lain perangai. Ada pasangan yang jenis ‘clingy’ dan ada yang jenis pantang kalau asyik nak berkepit je. 

Published

on

Setiap pasangan lain-lain perangai. Ada pasangan yang jenis ‘clingy’ dan ada yang jenis pantang kalau asyik nak berkepit je.

Bagi pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim, dia ada alasan tersendiri kenapa memilih Mona Allen sebagai isteri.

Seperti kita semua tahu, kehidupan sebagai pengarah atau anak seni bukan mudah dan sentiasa sibuk.

Begitu juga Pekin yang tidak gemar kehidupannya dikongkong orang lain kerana ada kerjaya tersendiri.

Menurut Pekin, sifat memahami dan berdikari yang ada pada Mona membuatkannya jatuh hati pada wanita berdarah campuran itu.

“Mona seorang yang memahami dan berdikari. Saya memang tak suka yang jenis nak berkepit saja sebab seorang yang berdikari,” katanya.

Mona juga tidak kisah jika Pekin menjadikan kerja sebagai keutamaan membuatkan Pekin berasa begitu selesa disamping Mona.

“Dia tahu saya kerja macam mana. Duduk pejabat, ada penggambaran dan mesyuarat kadang-kadang tak balik pun dia okay cuma kena beritahu,”
“Bagi saya memahami itu penting sebab saya kerja nombor satu dan isteri nombor dua. Tapi Mona tahu benda itu dan dia tidak kisah. Dia sentiasa sokong kerja saya,” ujar Pekin.

Wah, tak ramai tau wanita yang easy-going macam Mona ni. Bertuah Pekin!

Dalam pada itu, kehidupan Pekin juga lebih teratur sejak berkahwin kerana kehadiran isterinya yang saling menjaga makan minum, pakaian dan jadual kerja.

“Rasa hidup dah lengkap. Dulu tak ada orang jaga tapi sekarang dah ada orang tolong jaga makan dan pakaian saya,” kata Pekin.

Pekin dan Mona Allen telah berkahwin pada awal Disember tahun lalu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement