Home > #CeriteraKool > Tak Sampai 48 Jam, Akaun Instagram Aishawarya Rai Kumpul 1 Juta Pengikut

Tak Sampai 48 Jam, Akaun Instagram Aishawarya Rai Kumpul 1 Juta Pengikut

Dalam tempoh dua hari selepas membuka akaun Instagram peribadinya, pelakon Bollywood terkenal Aishwarya Rai kini mempunyai 1 juta pengikut.

Apa yang lebih menarik, akaun Instagram miliknya itu hanya mempunyai kira-kira 120,000 pengikut pada hari pertama dibuka dan jumlah itu meningkat lebih 500,000 dalam masa dua hari, sehingga ke saat ini selepas dia memuatnaik gambar anak perempuannya.

Related image

Aishwarya Rai turut hanya mengikut lima akaun Instagram dan salah satunya adalah suaminya Abhishek Bachchan, dan rakannya Deepika Padukone.

Related image

Dengan menggunakan akaun @aishwaryaraibachchan_arb, peminat pelakon filem Taal dan Devdas itu kini sudah boleh mengikuti perkembangan figura jelita ini melalui media sosial, walaupun sebelum ini sudah wujud beberapa akaun tidak rasmi yang memaparkan imejnya.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply