Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tak Pernah Sambut Anniversary Couple, Bangga Dapat Sambut Lepas Kahwin..” – Alam Wakaka

Kini, selepas sebulan berumah tangga, Alam mendedahkan bahawa mereka tidak pernah menyambut ulangtahun pasangan sepanjang mereka bercinta seperti yang dilakukan oleh orang lain. Hal ini juga adalah kerana tiada tarikh tetap yang boleh ‘dikunci’. 

Published

on

Baru sahaja digemparkan pada Mac yang lalu apabila penari dan koreografer popular, Alam Wakaka atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman akhirnya berkahwin dengan pasangannya, Nurul Najwa Hasman.

Kini, selepas sebulan berumah tangga, Alam mendedahkan bahawa mereka tidak pernah menyambut ulangtahun pasangan sepanjang mereka bercinta seperti yang dilakukan oleh orang lain. Hal ini juga adalah kerana tiada tarikh tetap yang boleh ‘dikunci’.

Menerusi posting Alam yang terbaru di laman Instagram miliknya, dia melafazkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke sebulan bersama wanita yang kini bergelar isteri buatnya. Tak dapat sambut masa bercinta, sambut lepas kahwin pun okay kan? Manis betul perhubungan Alam dan isteri.

Gambar yang dikongsi Alam merupakan gambar “duckface” mereka berdua yang diambil ketika di majlis perkahwinan mereka. Walaupun dua-dua buat muka itik namun tetap nampak comel dan mereka juga nampak selesa bersama. Tambah Alam, dia cetak gambar ini dan letakkan di depan TV sebagai ingatan buat mereka.

“Alam print gambar ni letak depan TV, mana la tau kalau ada salah faham tarik muka, gambar ni bole bagi sedikit senyuman dan ingatan untuk bertenang ❤️❤️❤️”

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan sejoli ini.

Kita doakan semoga Alam dan isteri dapat menyambut ulangtahun perkahwinan hingga ke akhir hayat.

Baca juga: Kemaluan Dipotong Ketika Duduk Sendirian, Apa Motif Disebaliknya?

Sumber: Alam Wakaka

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement